Monday, April 7, 2014

Photoshop Learning (How To Make Pattern For Text Using Adobe Photoshop CS6) - Ch1

Assalamu'alaikum

Apa khabar semua sahabat-sahabat Aiman Studio? Semoga anda semua sihat-sihat belaka
hari ni Aiman nak ajar anda semua bagaimana untuk membuat Pattern pada text menggunakan prisian Adobe Photoshop CS6.

1) Okay, mula-mula, buka applikasi Adobe Photoshop CS6 yang ada pada desktop anda atau pada 'start'.
Kemudian, buka 'new document' 
file>New.. 
Window seperti di bawah ni akan 'pop-up'


2) Okay, seperti yang anda lihat pada gmbar diatas,
saiz pixel pg tinggi dan lebar mstilah 10x10 pixels
dan resolution pada 300 pixels. Kemudian klik 'OK'.
Paparan seperi imej dibawah akan muncul. Gunakan 'Zoom tool' untuk 
zoom imej ke saiz yang paling besar.


3) Kemudian, 'double' klik pada layer background pada panel 'layer' untuk
tukar background menjadi layer

 

4) Seterusnya gunakan 'Eraser tool' atau 'Background Eraser Tool' untuk
padam warna layer pada imej tersebut sehingga tinggal imej pixel seperti kelihatan gambar dibawah


5) Seterusnya gunakan 'pencil tool' pada saiz 1 pixel dan lukiskan gmbar atau pattern 
mengikut kreativiti anda.
Di sini saya sertakan contoh pattern yang saya buat.


6) Baik, untuk menjadikan imej seperti diatas ini sebagai satu pattern untuk dimasukkan
kedalam 'library pattern' anda, klik 

Edit>Define Pattern..


7) Selepas anda klik 'Define Pattern' akan 'pop-up' window untuk anda namakan
pattern tersebut. 

Akhir sekali, untuk menggunakan pattern tersebut, halakan kursor tetikus anda
pada layer 'text' di panel layer. Klik butang tetikus kanan dan klik 'blending option'.

Blending Option>Pattern Overlay

Tekan 'drop down menu' di sebelah imej 'pattern' dan pilih 'pattern'
yang anda baru sahaja selesai buat sebentar tadi, kemudian klik 'Ok'


Okay, ni contoh yang aiman buat menggunakan pattern yang sama seperti di atas



Alhamdullillah.. 
Selesai sudah tutorial kita hari ini. Bagaimana? mudah bukan untuk
membuat 'pattern'. Semoga tutorial ini memberi manfaat kepada sahabat-sahabat 
Aiman Studio di luar sana.

Inginkan lebih banyak 'Home Tutorial'?
Sentiasa ikuti dan 'update' sentiasa blog Aiman Freelancer ya! :)

Terima kasih