Monday, June 23, 2014

Kembara Lensa (Aiman Freelancer) - Ch2

Salam'alaikum

hari ni aiman nak cerita lagi mengenai kembara lensa aiman ke Festival Buku Antarabangsa yang dibuat di PWTC tempoh hari. Alhamdulillah Allah telah menggerakkan hari aiman untuk kesini, memang tidak rugi. Ramai sahabat dan kenalan aiman, dapat aiman jumpa disini.

Sampai je disini, tempat pertama aiman pergi adalah booth Langit Illahi, berjumpa dengan saudara Hilal Asyraf. Alhamdulillah, dalam pertemuan yang singkat itu, dapat merapatkan lagi ukhuwah antara kami berdua. 





Seterusnya kami mengambil beberapa keping gambar suasana dalam PWTC, memang sangat ramai yang hadir (alhamdulillah) ke lubuk2 ilmu..





Seterusnya, sebelum pulang, kami singgah solat di Masjid Negara. Kawasan ni juga agak popular dikalangan pelancong, kerana ramai juga pelancong yang datang untung melihat kawasan perkarangan dan dalaman masjid. Aiman juga telah menangkap beberapa keping gambar kawasan sekitar Masjid negara :)





Sampai sini sahaja kembara lensa aiman.. in syaa Allah ikuti aiman dalam kembara lensa yang akan datang. akan ada banyak lagi gambar2 menarik yang bakal aiman update. :)

Salam'alaikum..





Editing Picture (Aiman Freelancer) - Ch1

Salam'alaikum..

Alhamdulillah, sekali lagi aiman diberi peluang untuk update blog aiman
terima kasih bagi yang follow blog aiman untuk mengetahui dan mempelajari sesuatu yang baru.
Yang penting, dalam kita mempelajari sesuatu ilmu, hendaklah diniatkan kerana Allah ta'ala, barulah berkat apa yang kita ingin pelajari dan mudah masuk dlm otak dn tidak mudah lupa..

Hari ni aiman nak tunjukkan pada anda semua mengenai gambar yang aiman ambil tempoh hari..

gambar tersebut adalah gambar yang sudah diedit (retouch) warnanya agar kelihatan lebih menarik dan cipta mood yang baru.


sebelah kiri adalah yang belum diedit dan sebelah kanan telah diedit..
berbeza bukan warne kedua dua gambar tersebut?

Bagi yang ingin bertanya, software ape yang aiman pakai? Sebagai seorang photographer, aiman biasa menggunakan software adobe lightroom untuk enhance color, BnW dan sebagainya. Aiman juga menggunakan software adobe photoshop untuk edit tulisan dan juga warna.

ikuti lagi blog aiman untuk mengetahui bagaimana cara-cara aiman edit gambar seperti gambar diatas..

Assalamu'alaikum.. :)

Sunday, June 22, 2014

Kembara Lensa (Aiman Freelancer) - Ch1

Salam'alaikum,

Alhamdulillah, aiman bersyukur sangat setelah dekat dua bulan tak dapat update sebarang info, maklumat dan pelajaran dalam blog ni atas urusan pelajaran dan photographer, Allah beri juga peluang untuk aiman kembali update info2 photog dalam blog ni.. :)

Dua hari lepas punya cerita, aiman berasa seronok sebab dah habis final exam semester. Jadi untuk meraikan keseronokan tu, aiman telah keluar outing dengan sahabat untuk ambil gambar. lokasi kami adalah sekitar serdang dan pemandangan yang dapat kami rakamkan sangat cantik (alhamdulillah). 

Di sini aiman ingin sertakan beberapa keping gambar agar kita semua dapat sama2 berkongsi dan menghayati keindahan alam sekitar. 

 :)








Cantik bukan pemandangan2 dan keindahan alam dalam gambar2 diatas?
Semoga kita akan terus istiqamah dalam mendidik jiwa dan hati kita untuk sentiasa jaga kebersihan alam..
sabda Nabi S.A.W, kebersihan itu sebahagian daripada iman..

Ikuti aiman lagi untuk update yang datang mengenai bagaimana aiman edit gambar diatas untuk menaikkan lagi mood gambar..

Assalamu'alaikum..

Event & Wedding Photographer : www.facebook.com/aimanstudio